Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pakar Hartanah Ini Dedah Tips Bagaimana Hendak Mudahkan Bank Luluskan Pinjaman Perumahan Pertama

16 Jul 2016
No Comment

Sebenarnya ramai orang tahu bukan mudah untuk membuat pinjaman perumahan yang jumlahnya mencecah ratusan ribu ringgit.

Untuk membuat pinjaman perumahan kita perlu menyediakan pelbagai dokumen penting untuk menyokong pinjaman kita itu bagi mendapatkan rumah idaman.

Aad antara kita yang sudah menyediakan kesemua dokumen penting untuk sokongan tetapi pinjaman berkenaan tidak diluluskan walaupun kita layak berdasarkan tangga gaji, kenapa boleh jadi begini?

Memetik tulisan di dalam oleh seorang pakar hartanah, Tuan Amir Syahir, ada sebab kenapa pinjaman kita tidak diluluskan walaupun kesemua dokumen disertakan.

Jawapannya ialah kita mesti berhutang dahulu. jom kita baca penerangan beliau.

Kau orang mesti pelik kan. Tak ada hutang la bagus. Tak logik betul tak pernah berhutang pun, pembiayaan perumahan pertama ditolak. Mengarut.

Apa rasionalnya bank nak kita berhutang terlebih dahulu ataupun cipta laporan CCRIS dulu? Bank nak tengok kemampuan kita bayar balik hutang tersebut. Keboleh percayaan kita untuk bayar balik hutang bila pinjaman diluluskan. Kemampuan kita menjadi pembayar hutang. Bank nak tengok karektor kita. Adakah kita culas ataupun tidak untuk bayar balik. Ye lah, bank nak bagi pinjam bukan seribu dua ribu. Tapi beratus ribu. Tempoh bayar balik bukan setahun dua macam kau main kutu tu. Tapi tempoh panjang. Selama 30-35 tahun jugak tu.

Untuk rumah pertama je susah sikit. Apabila kau dah lepas pembiayaan perumahan rumah pertama. Nak beli rumah kedua ataupun seterusnya memang bank tak minta macam-macam lah. Sebab rekod bayaran balik rumah pertama kau orang cantik dah.

Komitmen kereta paling lama 9 tahun. Komitmen rumah 30-35 tahun. Jadi, bank kena tapis betul-betul permohonan kau orang. Kena kewangan stabil, orang yang berdisiplin je boleh komited untuk bayar dengan cantik dengan jumlah yang tepat. Tak ada sebarang komitmen / hutang, bank tak tahu kau orang jenis macam mana.

Pihak bank nak beri pembiayaan perumahan pada mereka yang kemampuan sahaja. Jadi kau orang kena buktikan kau orang mampu jadi pembayar balik dengan baik.

***



Pihak bank akan tengok asas 3 C benda ini;

Character 
Karektor pembayaran balik berdasarkan laporan CCRIS. Maklumat peribadi. Pekerjaan. Tempoh masa bekerja.

Capacity
Pendapatan kau orang berapa. Adakah konsisten setiap bulan? Jumlah selepas bayar hutang / komitmen. DSR kau orang berapa? Adakah dibawah 60%-70%?

Cara kita DSR: Jumlah Hutang Sedia Ada + Ansuran Hutang Rumah Yang Nak Beli / Pendapatan Bersih X 100%.

Capital 
Adakah kau orang ada sebarang aset, pelaburan ataupun sebarang simpanan?

***

Pembiayaan perumahan sangat senang jika kau orang tahu aturannya. Pembiayaan perumahan bukan kau orang perlu komitmen 5-10 tahun saja. Tapi antara 30-35 tahun. Jadi, 3C di atas kau kena ada dulu barulah pihak bank yakin dengan kau orang.

***

Jadi macam mana nak cipta rekod CCRIS dengan mudah?

Biasanya gua bagi 2 pendapat.

Jika kau orang dah ada deposit rumah. Dan bersedia nak beli rumah dalam tahun tersebut. Boleh;

i. Mohon kad kredit. Buat untuk transaksi pembelian minyak petrol, beli barang keperluan saja. Pihak bank bukan tengok hari ni kau orang apply kad kredit dah ada CCRIS terus yakin dengan kemampuan bayar balik kau orang. Biasanya perlu tempoh 6 bulan muncul dalam laporan CCRIS. Semua cun melecun, biar 0,0,0,0,0,0. Kad kredit pun masuk 5% daripada baki terkini untuk perkiraan DSR. Jangan sampai 70% kredit limit pulak ye?

Tetapi kau orang tak ada lagi deposit rumah. Dan matlamat nak beli rumah dalam 2-3 tahun. Buatlah CCRIS dengan melabur dalam ASB Financing.

ii. Mohon ASB Financing. Mulakan dengan RM50K. Bulanan dalam RM285. Selalu gua tekankan ASB Financing ni pembiayaan dengan bank. Dan sebarang pembiayaan dengan bank masuk dalam laporan CCRIS. Jadi, masuk dalam perkiraan DSR (Debt Service Ratio). ASB Financing akan masuk kira sama jika tak cukup satu tahun. Jelas? Selepas 2-3 tahun terminate dan pulangan prinsipal, dividen terkumpul boleh digunakan untuk modal beli rumah. Jadi force saving kau jugak sebenarnya. Takde lah tiap dapat gaji tak tahu duit kau ke mana.

Jika kau orang dah ada ansuran kereta, pembiayaan peribadi tak payah buat lagi hutang di atas ni. Dah memang kau orang sudah ada laporan CCRIS. Bayar jumlah yang tepat di masa yang telah ditetapkan okay? Kalau tak laporan CCRIS kau orang barai nanti lagi susah nak beli rumah. Sapa ada PTPTN pun sudah masuk dalam laporan CCRIS. Jadi bayarlah ansuran jangan abaikan.

Lain padang lain belalang. Lain bank lain dia punya SOP. Lain dia punya game plan. Tak ada laporan CCRIS bukan bank tolak terus permohonan pembiayaan perumahan kau orang. Rajin-rajinkan walk in ke bank ye. Tanya 3-5 bank.

***



Nota tambahan untuk bank senang luluskan pembiayaan perumahan kau orang:

1. Jadilah Pembayar Yang Baik
Pergi cek laporan CCRIS. Pastikan semua bersih segala nombor lain selain 0,0,0,0,0,0,0 tu. Dah berhutang tu bayarlah dengan jumlah yang tepat pada masa yang ditetapkan.

2. Cipta Rekod CCRIS 
Tak ada laporan CCRIS tidak bererti pihak bank terus reject permohonan pembiayaan perumahan kau orang. Mungkin kau orang akan dikenakan kadar keuntungan bank agak tinggi daripada orang lain. Daripada laporan CCRIS, pihak bank akan tahu karektor pembayaran balik kau orang. Adakah seorang culas ataupun bagus.

3. Jangan Mempunyai Sejarah Hitam 
Mempunyai sejarah hitam seperti rumah pernah dilelong, kereta pernah ditarik, ataupun di bawah pemantauan AKPK mungkin akan menyukarkan pihak bank nak luluskan pembiayaan perumahan kau orang. Jadi rancanglah kewangan dengan sebaiknya. Buat bajet dulu. Kalau tak mampu bayar, janganlah beli kereta mewah ye.

4. Mencapai Kredit Limit Kad Kredit 
Gua ada seorang kawan. Dia sangat bijak merancang. Tapi bila dia dah ada kad kredit dia dah berubah. Swipe sana sini serupa dirasuk oleh kad kredit tersebut. Hutang kad kredit sampai RM11K!Jadi janganlah jadi hamba kad kredit. Anggaplah ia sebagai wang kertas. Untuk mohon pembiayaan perumahan janganlah sampai mencapai 70% kredit limit. Bayar semua dulu.

5. Hati-Hati Apabila Jadi Penjamin
Janganlah jadi penjamin sepupu, kawan-kawan, pakwe makwe kalau kau orang tak berapa yakin dengan kemampuan kewangan dia. Dia nak berhutang untuk kahwin pun, kau janganlah baik sangat nak jadi penjamin dia. Kalau dia tak bayar, kau orang kena.

6. Simpanan
Untuk membeli rumah pertama amatlah digalakkan untuk ada simpanan yang secukupnya. Kalau ansuran pembiayaan perumahan kau nanti RM550 setiap bulan. Elok ada 6 bulan simpanan untuk buat back up di masa hadapan. Dalam RM3300. Lagi banyak lagi bagus. Simpanlah dalam Tabung Haji ataupun ASB. Kepilkan masa mohon pembiayaan perumahan nanti.

7. Baki Bulanan Dalam Akaun Bank 
Sekarang bank besar lagi susah nak luluskan pembiayaan perumahan individu yang bergaji bawah RM3000. Ada bank melaksanakan NDI (Net Disposable Income). Apa itu NDI? Nak senang faham ialah baki bersih selepas tolak semua komitmen / hutang. Jika kau orang tinggal di bandar, NDI kena atas RM1500. Jika di luar bandar baki kena ada RM1000. Apa gunanya NDI ni? Untuk kos sara hidup kau orang lah. Kau orang kan suka makan kat kedai hipster jeeeee. Kos bayar petrol kereta import mewah kau orang tu. Kakakaka.

Jangan takut. Pergilah shopping dekat bank tu. Bawa payslip tanya mereka berapa kemampuan pembiayaan perumahan kau orang boleh dapat.

***

Bahan bacaan lain:

i. Apa Itu CCRIS 
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1719687258246120&id=100006145873646

ii. Semak Laporan CCRIS Percuma Secara Atas Talian 
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1750795228468656&id=100006145873646

iii. 7 Tips Mudah Lulus Pembiayaan Perumahan https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1734987110049468&id=100006145873646

iv. Kenali Individu Berisiko Di Mata Bank 
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1724540561094123&id=100006145873646

***

Dah faham kenapa tak ada hutang pun bank tolak pembiayaan perumahan kau orang?

Baca lagi novel cinta, status Memerang Fans yang langsung tak memberi input untuk kegunaan kau orang masa depan. Dah baca tolong sebarkan untuk mereka yang kata orang beli rumah banyak tu kapitalis. Orang beli rumah banyak bukan dia kaya ataupun bergaji besar. Tapi mereka tahu rahsia dia. Mereka tahu kehendak pihak bank. Kau orang 24 jam duk main Facebook, duk salahkan orang lain je. Mana ada masa nak baca benda ilmiah gini dak?

Jadi banyakkan membaca benda faedah dan berilmiah. Berkawan, follow orang yang banyak membantu kau orang. Banyak memberi input positif. Tak dapat semua dapat sedikit pun jadilah. Ini duk baca fakta pakai jam tangan kanan, fakta anak bongsu, fakta awek Johor jeeeeeee apa guna. Kah!

P/S: Share jika manfaat. Sekadar perkongsian ilmu untuk anak Melayu kita supaya senang lulus pembiayaan perumahan di masa depan nanti. Terima kasih

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "