Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Foto) Sultan Johor Berkenan Pasang Plat F1 di Proton Perdana Baru

3 Jul 2016

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan memasang nombor plat kenderaan F1 yang dimenangi menerusi bidaan pada Proton Perdana milik baginda.

Nombor plat itu dipasang sendiri oleh baginda pada model terbaru Proton itu yang bernilai kira-kira RM130,000 di Istana Pasir Pelangi di sini hari ini.

Baginda kemudian memandu kereta Proton Perdana varian 2.0 liter itu bersama Ahli Lembaga Pengarah Proton Holdings Bhd, Datuk Zainuddin Che Din dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Ahmad Fuad Kenali.


Baginda memandu kenderaan itu dari Istana Pasir Pelangi menuju ke Istana Bukit Serene, di sini.

Pada Khamis lalu, Sultan Johor memenangi bidaan nombor plat kenderaan F1 iaitu turutan nombor pendaftaran baharu bagi Putrajaya.

Baginda membida nombor plat berkenaan sebanyak RM836,660.



Sumber: BH Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "