Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Remaja Perempuan Dipercayai Diculik Ketika Membeli Belah, Ibu Terima Whatsapp Minta Wang Tebusan

1 Jul 2016


KOTA BHARU, 1 Julai: Seorang pelajar tingkatan satu dipercayai diculik oleh seorang lelaki ketika sedang membeli belah di sebuah pasaraya di Kubang Kerian hari ini.

Mangsa yang dikenali sebagai Ayuni Idora Deraman pergi ke pasaraya itu bersama keluarga pada jam 12 tengah hari sebelum dia dipercayai diculik ketika berada di ruang legar pasar raya itu.

BH Online melaporkan, ketika kejadian ahi keluarga mangsa berada di tingkat satu.

Bapa mangsa, Deraman Mat Ali, 61, yang tinggal di Ketereh berkata, dia tidak bersama ahli keluarga ketika kejadian kerana menunggu di luar pasaraya.

"Saya hanya mengetahui kejadian itu selepas isteri mendapat pesanan menerusi aplikasi WhatsApp menggunakan telefon Ayuni Idora, memaklumkan anak saya berada bersama seorang lelaki.

"Penculik berkenaan meminta wang tebusan RM5,000 daripada kami. Sekiranya kami gagal membayarnya, penculik itu mengugut akan membawa anak perempuan saya ke Kuala Lumpur," katanya.

Oleh itu, Deraman meminta orang ramai untuk membantu mengesan anaknya itu dan satu laporan polis telah dibuat susulan kejadian.

 Ketika hilang, Ayuni Idora memakai Baju T lengan panjang berwarna merah dan berseluar panjang jalur putih. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "