Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Johor Umum Cuti Khas Pada 10 Julai Ini Jika Hari Raya Jatuh Pada 6 Julai

1 Jul 2016


JOHOR BARU, 1 Julai: Kerajaan Johor mengumumkan 10 Julai sebagai cuti khas untuk penjawat awam di negeri itu jika Hari Raya jatuh pada 6 Julai.

Menteri Besar Johor, Datuk Mohamed Khaled Nordin bersetuju untuk menggantikan cuti khas kerajaan Persektuan kepada penjawat awam yang dicadangkan pada 8 Julai kepada 10 Julai.

Ini berikutan 8 Julai jatuh pada hari Jumaat, iaitu hari cuti hujung minggu di negeri itu.

Namun Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata pelepasan khas daripada bertugas itu tidak terpakai sekiranya Aidilfitri diisytiharkan pada 5 Julai. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "