Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

PM Langsung Tidak Dikaitkan Dalam Siasatan 1MDB - Abdul Rahman Dahlan

21 Jul 2016

PETALING JAYA, 21 Julai - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan menegaskan bahawa Perdana Menteri, Najib Razak tidak terlibat dalam siasatan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat terhadap syarikat 1MDB kerana siasatan itu langsung tidak mengaitkan nama Perdana Menteri Malaysia itu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat berhubung dana pelaburan kerajaan itu.

"Kalau ada mana-mana pihak yang bersalah dalam siasatan ini, mereka perlu dihukum, tetapi yang paling penting ialah dalam dokumen yang telah dikeluarkan itu, perdana menteri tidak dilibatkan dalam siasatan itu.

"Malah, nama perdana menteri langsung tidak disebut," katanya sebagaimana lapor Bernama.

Tambah Abdul Rahman lagi, siasatan itu adalah saman sivil, penyiasatan sivil kerana Jabatan Kehaiman Amerika Syarikat sedang cuba menyakinkan mahkamah untuk merampas aset itu.

"Jabatan Kehakiman Amerika hanya menyiasat aset-aset yang dikatakan dibeli dengan menggunakan wang yang tidak halal," katanya. - Bernama

Sumber : Bernama
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Dia kena tuduh, orang dia juga yang jadi hakim untuk declare dia "tak bersalah"

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "