Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pesawat Air Asia Dan Jetstar Dilaporkan Nyaris-Nyaris Berlanggar Di Udara

29 Jul 2016
No Comment

Sebuah pesawat milik AirAsia dan sebuah pesawat Jestar dilaporkan nyaris-nyaris berlanggar ketika di udara berdekatan dengan lapangan terbang Gold Coast, lapor Bernama seperti di laporan portal Xinhua China.

Kejadian berkenaan dikatakan berlaku pada Khamis di lapangan terbang Coolangatta, Queensland itu kini dalam siasatan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia.

Laporan itu memberitahu, ketika kejadian jarak antara kedua-dua pesawat berkenaan hanya 150 meter menyebabkan penggera di kedua-dua kokpit pesawat berbunyi.

Mengikut ketetapan, jarak yang selamat yang telah ditetapkan untuk semua pesawat di negara berkenaan ialah 305 meter.

Jurucakap Jetstar kepada NewsCorp berkeata pesawat Jetstar terpaksa mengambil tindakan mengelak pesawat AirAsia itu yang dikatakan menceroboh laluannya dengan mengembalikan semua ke jarak selamat anta kedua-dua pesawat ini bagi mengelakkan malapetaka.

Pihak AirAsia dalam satu kenyataan tindakbalas menafikan mereka menceroboh laluan sebaliknya mendapat kebenaran oleh pegawai trafik udara lapangan terbang di mana mereka mengikut ketinggian seperti yang dirahkan oleh pihak pengawal trafik udara.

Ketika kejadian, AirAsia X mengesahkan juruterbang telah menerima amaran daripada sistem pengera pelanggaran trafik.

"Anak-anak kapal kami bertindak balas segera dengan mengurangkan kelajuan menegak mengikut prosedur yang mereka telah dilatih dan pesawat itu meneruskan perjalanan dengan selamat tanpa ada kejadian tidak diingini."

"Siasatan sedang diketuai oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Udara dan AirAsia X sedang bekerjasama sepenuhnya," katanya. - Siakapkeli.my

Rujukan: Bernama, The Sydney Morning Herald
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "