Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Penumpang Garuda Airlines Ditahan Bawa 10 Ekor Anak Ular Dalam Seluar

18 Jul 2016


JAKARTA,18 Julai – Seorang lelaki warga asing ditahan pihak berkuasa Indonesia sebelum dia sempat menaiki pesawat Garuda Airlines ke Jeddah, Arab Saudi kerana cubaan menyeludup 10 ekor ular di dalam seluarnya.

Lelaki itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di sini semalam.

Penumpang itu yang dikenali sebagai Koufiah Jihad Zaki, ditahan selepas menjalani pemeriksaan imbasan X-ray sebelum menaiki pesawat tersebut.

Semasa imbasa dibuat, pegawai penguatkuasa terkejut apabila mendapati beberapa ekor ular disembunyikan di dalam seluar dan sarung kaki lelaki berkenaan.

Dia melilitkan ular-ular yang ingin dibawa ke Jeddah di kedua-dua kakinya… dia membawa 10 ekor anak ular jenis phyton,” kata Naib Presiden Komunikasi Korporat Garuda Indonesia, Benny Sigar Butarbutar.

Siasatan juga mendapati Koufiah cuba menyeludup ular hidup dari Indonesia untuk dijual di Arab Saudi.

Kerakyatan Koufiah bagaimanapun tidak didedahkan dan dia telah ditahan polis bagi membantu siasatan. - Siakapkeli.my

Sumber : BernamaTribunNews
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "