Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pemandu Maut, 15 Penumpang Cedera Bas Terbalik di Genting Highlands

27 Jul 2016


Kuantan, 27 Julai - Pemandu sebuah bas persiaran maut manakala 15 penumpang cedera selepas bas itu terbalik dalam kejadian di Jalan Genting Highlands kira-kira jam 7 malam tadi.

Laporan Bernama melaporkan, bomba berkata, kejadian itu berlaku ketika bas pelancong yang membawa 26 penumpang itu sedang menuruni Genting Highland.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands, Penguasa Bomba Engku Fadzir Engku Man, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada 7.15 malam.

Sebuah jentera bomba dan 7 anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati bas persiaran yang membawa 25 penumpang pelancong asing dari China terbalik.

"Bas itu dalam perjalanan dari Genting Highlands ke Kuala Lumpur dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik," katanya ketika dihubungi.

Mangsa yang cedera telah dibawa ke HKL untuk rawatan manakala mayat pemandu bas itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.



Sumber : http://www.hmetro.com.my/node/154777
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "