Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Warga Emas 70 Tahun Trauma Dicabul Jiran Ketika Minta Tolong Urut Kaki

3 Jun 2016

REMBAU, 3 Jun – Seorang warga emas yang berusia 70 tahun trauma setelah dia dicabul lelaki berusia 50 tahun, yang juga jirannya dalam kejadian di Pedas disini pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 9.00 pagi itu, warga emas tersebut pada mulanya meminta tolong lelaki yang dianggap anak angkatnya itu untuk mengurut kaki yang sakit, namun berakhir dengan tragedi yang menakutkan.

Sumber Sinar Online memberitahu, warga emas itu tidak berani melawan anak angkatnya itu kerana tidak berdaya selain atas faktor usia sebaik sahaja anak angkatnya itu menanggalkan pakaian.

"Lebih malang lagi, warga emas itu terlalu mempercayai jiran lelakinya yang sudah dianggap seperti anak sendiri kerana sering berkunjung ke rumahnya untuk menziarahinya.

"Warga emas berkenaan kemudiannya nekad membuat laporan di Balai Polis Pedas susulan tidak mahu insiden berkenaan berulang kembali selain berasa trauma," katanya.

Sumber itu juga berkata hasil pemeriksaan ke lokasi kejadian mendapati kesan air mani telah ditemui dia atas sarung tilam serta sehelai baju T dan kain Batik.

Sumber berkata, hasil pemeriksaan ke lokasi kejadian iaitu di rumah warga emas itu telah menjumpai kesan air mani di atas sarung tilam serta sehelai baju T dan kain batik.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Ibrahim Sharif mengesahkan kejadian berkenaan, dan menyatakan kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

"Suspek yang tidak bekerja ditangkap pada jam 12 tengah hari pada hari sama dan kini ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan," katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "