Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

10% Ekuiti Anak Syarikat Petronas Dijual Kepada Firma Jepun

3 Jun 2016
No Comment

Syarikat Petrolium Nasional negara hari ini telah memetrai perjanjian jual beli dengan JX Nippon Oil & Energy (JX NOE) bagi menjual 10 peratus pegangan ekuiti dalam Petronas LNG 9 Sdn Bhd (PL9SB), anak syarikat milik penuhnya, lapor Malaysiakini.

Petronas dalam satu kenyataan media hari ini berkata, kemasukan JX NOE ke dalam PL9SB menandakan pembabitan keduanya dalam projek gas asli cecair (LNG) Petronas, selain daripada 10 peratus kepentingan ekuiti sedia ada dalam MLNG Tiga Sdn Bhd.

"PL9SB memiliki kereta api pencairan LNG kesembilan dalam Kompleks LNG Petronas di Bintulu, Sarawak dengan kapasiti pengeluaran 3.6 juta tan metrik setahun dan dijangka memulakan operasi komersil pada suku pertama 2017," katanya.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, jualan akuiti berkenaan menunjukkan komitmen berterusan Petronas untuk mengembangkan perniagaan LNG dengan sokongan rakan kongsi yang dipercayai.

"JX NOE telah memainkan peranan penting dalam pembangunan MLNG Tiga dan kami berharap sumbangan yang sama kepada PL9SB,” tambahnya.

Pihak Petronas dalam pada itu memberitahu bahawa mereka kini telah menambah kilang pencairan canggih yang dimiliki PL9SB, Kompleks LNG Petronas kini mempunyai kapasiti untuk mengeluarkan kira-kira 30 juta tan metrik LNG setahun.

Menurutnya, ia akan mengukuhkan lagi kedudukan Petronas sebagai pembekal LNG yang terkemuka dan boleh dipercayai. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "