Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(VIDEO) Setiausaha Politik Kepada Ahli Parlimen Miri Maut Ditembak

21 Jun 2016
No Comment

Setiausaha politik Ahli Parlimen Miri yang juga merupakan calon PKR bagi pilihan raya negeri Sarawak, Bill Kayong maut selepas ditembak di Miri pagi tadi, lapor Malaysiakini.

Mendiang yang bertanding di kerusi Bekenu pada pilihan raya 7 Mei lalu tetapi kalah kepada calon BN Rosey Yunus.

Satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Parti Keadilan Rakyat pagi ini menyatakan mendiang telah ditembak mati di lampu isyarat Jalan Kuala Baram berhampiran sebuah pasar raya Emart One-Stop kira-kira jam 9 pagi tadi.

Beliau dilaporkan telah ditembak dari jarak dekat menembusi cermin kanan di sebelah pemandu kereta jenis Toyoto Hilux yang dinaikinya.


Mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian berikutan kecederaan yang dialaminya.

Bill dikatakan antara individu dalam PKR yang lantang memperjuangkan hak rakyat pribumi Dayak di utara Sarawak, khususnya berkaitan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan berkata, PKR menggesa agar pihak polis memberkas dan membawa mereka yang terlibat dalam jenayah ini ke muka pengadilan.

“PKR merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Bill Kayong, semoga mereka tabah menghadapi dugaan yang cukup besar ini,” katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "