Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(VIDEO) IS Bagi Amaran, Bukit Yang Aman Tidak Akan Aman Lagi

23 Jun 2016
No Comment

Hari ini tersebar di media sosial sebuah video yang memaparkan seorang lelaki dipercayai militan IS Asia Tenggara di mana mereka tampil memberi amaran kepada pihak keselamatan negara.

Video yang berdurasi 2 minit 42 saat berkenaan dilihat menyeru umat Islam supaya bangun memerangi kerajaan-kerajaan 'Thoqut 'setiap negara.

"Kepada mereka yang berada di bukit-bukit yang aman, ketahuilah kalian tidak lagi akan aman sebentar lagi.

“Kami akan pulang untuk menyerang kalian ataupun sahabat-sahabat kami yang berada di sana, insya-Allah akan memenggal leher-leher kalian.” demikian sedikit petikan dari video tersebut yang ditujukan kepada pihak Polis Di Raja Malaysia.

Pada Selasa lalu, rangkaian pengganas Negara Islam (IS) ini telah mengeluarkan sebuah video yang menunjukkan seorang rakyat Malaysia yang sedang berperang di Syria.

Video itu itu juga memaparkannya bersama-sama dengan dua askar IS yang memenggal kepala tiga tawanan mereka.


Memetik laporan New Straits Times, Ketua Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay memberitahu  lelaki itu telah dikenal pasti sebagai Mohd Rafi Udin dari Negeri Sembilan.

Dalam video itu, Rafi menggesa penyokong IS untuk menggunakan apa cara sekalipun untuk membunuh orang-orang kafir.

"Bunuhlah mereka di mana sahaja kalian ketemu mereka... Kalian punyai kenderaan langgarlah mereka...

"Kalian punyai senjata atau pisau kecil, tikamlah dada-dada mereka," katanya Rafi dalam video berkenaan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "