Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Billionair China, Jack Ma Dedah Kesilapan Terbesar Dalam Hidupnya Adalah Mengasaskan Alibaba

26 Jun 2016


Pengasas Alibaba.com, Jack Ma mendedahkan kesilapan terbesarnya di dalam hidup adalah mengasaskan syarikat jual beli atas talian, Alibaba.

Menjelaskan jawapannya itu, Jack Ma berkata kejayaan besar Alibaba telah membuatkan dirinya tidak pernah lekang dari masalah dan menyebabkan dia mempunyai sedikit masa untuk diri sendiri.

"Kesilapan terbesar saya adalah menubuhkan Alibaba. Saya tak pernah terfikir benda ini (Alibaba) boleh mengubah hidup saya. Saya cuma nak berniaga kecil-kecilan dan ia  menjadi besar sampai macam ni, ia memerlukan tanggungjawab yang besar dan mendatangkan masalah. 

"Hari-hari saya boleh diibaratkan sebagai seorang presiden, dan saya tak ada sebarang kuasa! Dan saya tak ada kehidupan

"Jadi saya ingat, dalam hidup saya yang keseterusnya, kalau ada, saya tidak akan buat bisnes seperti ini. Saya akan jadi diri sendiri, dan saya mahu berseronok dengan hidup saya", kata Ma

Jack Ma berkat sedemikian ketika sesi soal jawab pada 21 Jun lalu di 20th St. Petersburg International Economic Forum.

Syarikat Alibaba kini bernilai $190 billion. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "