Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Aksi Kucing 'Terkejutkan' Jemaah Yang Sedang Tidur di Masjidilharam Curi Perhatian Netizen

7 Jun 2016

Makkah, 7 Jun: Gelagat seekor kucing yang dilihat secara tidak sengaja 'mengejutkan' seorang jemaah yang sedang tidur ketika azan berkumandang mencuri tumpuan netizen terutamanya netizen di Arab.

Video terbabit, yang dimuat naik di Youtube merakamkan kucing itu bermain-main dengan satu objek sebelum meluncur mengikuti objek tersebut sehingga terkena jemaah yang sedang tidur itu.

Selepas itu, dilihat kucing berkenaan dengan selamba berlalu dari jemaah berkenaan.

Jemaah yang sedang tidur itu bingkas bangun dalam keadaan terpinga-pinga.

Video yang bertajuk "Cabaran kucing-kucing di Mekah" itu dimuat naik pada 1 Jun lalu dan mendapat lebih dari 400,000 tontonan.

Video berkenaan juga turut mendapat mencuri perhatian beberapa stesen TV tempatan seperti Ajel dan emirates247.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Kite semue mahluk ALLAH SWT,ape pun rupenye kite hanya menumpang di bumi ALLAH SWT,

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "