Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Status Halal Marshmallow Diragui - JAKIM

19 Jun 2016

KUALA LUMPUR, 19 Jun: JAKIM menerusi satu kenyataan semalam mengesahkan bahawa kebanyakan produk marshmallow yang dijual secara terbuka, khususnya yang diimport adalah diragui status halalnya.

Sehubungan itu, Unit Hal Ehwal Korporat Bahagian Hab Halal JAKIM menasihatkan orang ramai agar memastikan produk marshmallow yang hendak dibeli memilik logo halal yang telah diiktiraf.

"Isu marshmallow haram timbul berikutan kenyataan Penolong Pengarah Kanan Bahagian Hab Halal, Mohd Amri Abdullah yang dipetik dari Rancangan Tanyalah Ustaz di TV9 pada 15 Jun 2016.

"Beliau menyatakan produk berasaskan gelatin dari sumber haiwan adalah antara yang dikenal pasti sebagai produk kritikal daripada perspektif halal,

"Marshmallow adalah antara produk yang mengandungi gelatin dan banyak dijual secara terbuka serta diimport tanpa diketahui status halalnya. Walaupun ada pengeluaran dan pemprosesan produk ini di Malaysia, namun jumlahnya amatlah terhad.

"Justeru itu, bagi penggemar marshmallow, pastikan produk yang ingin dibeli mempunyai logo halal Malaysia atau logo dari badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh Jakim.", kata unit itu di Facebook.

Kenyataan itu juga mengesahkan kenyataan mengenai marshmallow yang memetik kenyataan Mohd Amri yang viral di aplikasi whatsapp adalah benar dan perlu diberi perhatian oleh masyarakat.

Jika terdapat sebarang kemusykilan mengenai status halal produk di pasaran dan premis makanan, bole layari www.halal.gov.my atau rujuk direktori Halal Malaysia menerusi aplikasi telefon pintar MyJakim. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "