Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kera Peliharaan Cakar Pipi Bayi

19 Jun 2016
No Comment


Dungun, 19 Jun: Seorang bayi perempuan berusia 8 bulan cedera di pipi kiri selepas dia dicakar kera peliharaan bapanya dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Sungai Buaya pada Khamis lepas.

Adik Khaiffah Nurul Damia Qhalifa Syed Mohd Hishamudin dicakar oleh kera tersebut ketika dia didukugn ibunya, Norhayati Mohd Dahan, 36.

Bapa, Syed Mohd Hishamudin, 36, berkata dia memelihara kera itu sejak tiga tahun lalu dan menambatnya pada sebatang tiang berhampiran rumahnya.

"Ketika kejadian, isteri keluar untuk mengambil seliparnya di belakang rumah dan anak saya merengek mahu mengikut lalu isteri mendukungnya dan berjalan ke belakang rumah.

"Ketika melalui kawasan itu, haiwan itu tiba-tiba melompat dan menarik rambut sebelum mencakar pipi anak saya menyebabkan anak menjerit kesakitan.

"Saya yang mendengar jeritan anak segera keluar dan membawanya ke Hospital Dungun sebelum dia dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "