Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Polis Sedang Kenal Pasti Kanak-Kanak Yang Jadi Mangsa Pedofilia Warga British

2 Jun 2016

KUALA LUMPUR, 2 Jun: Pihak polis kini sedang mengenal pasti mangsa-mangsa kepada pedofil warga British, Richard Huckle, yang telah mengaku terhadap pelbagai tuduhan mencabul kanak-kanak ketika berada di negara ini.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak D11 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman ACP Ong Chin Lan, Bukit Aman telah pun meminta agensi jenayah berpejabat di London, National Crime Agency (NCA), untuk menyerahkan butiran kes berkenaan.

"Setakat ini mangsa belum dikenal pasti dan pihak NCA cuma maklumkan mengenai kejadian ini kira-kira sebulan lepas, tetapi tidak memberikan maklumat kerana kes masih dalam perbicaraan.

"Kami telah minta maklumat berkali-kali dan akan terus mendesak mereka beri butiran lanjut untuk tindakan susulan. Diharapkan selepas keputusan mahkamah pada Jumaat, pihak United Kindom dapat memberikan kami lebih banyak maklumat," katanya sebagaimana lapor Bernama.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "