Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pemandu Grabcar Diserang Pemandu Teksi

28 Jun 2016


PETALING JAYA, 28 Jun: Seorang pemandu Grabcar yang berusia 35 tahun mendakwa dia diserang dan kenderaannya dirosakkan oleh sekumpulan pemandu teksi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa baru sahaja tiba di sebuah pusat membeli belah di Kuala Lumpur untuk mengambil dua pelanggan dari India.

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor, sebelum kejadian, pelanggan baru saja memasuki kereta mangsa apabila seorang pemandu teksi mendekati mereka.

"Suspek mula menjerit kepada mangsa kerana mencuri pelanggannya di kawasan tersebut dan memaksa warga asing itu untuk keluar dari kereta. Kerana takut, warga asing berkenaan menuruti arahan suspek.

"Mangsa mempertahankan dirinya dengan mengatakan bahawa hanya dia berada di situ ketika diminta oleh pelanggan. Suspek kemudian cuba merampas telefon mangsa tetapi gagal.

"Pemandu teksi itu kemudian menendang tangan kanan mangsa kerana marah," kata ACP Sharul.

Tambah ACP Sharul, suspek mula merosakkan kenderaan mangsa dengan menendang sebelum beberapa pemandu teksi lain yang turut berada berhampiran turut menyertai insiden itu sehingga timbul kekecohan.

"Mereka mula menendang kereta mangsa berulang kali.

"Kedua-dua belah pintu penumpang, cermin sebelah kanan, lampu isyarat sebelah kanan dan bumper rosak dalam kejadian itu," katanya.

ACP Sharul berkata polis telah mengambil keterangan pemandu Grabcar berkenaan.

"Menurut mangsa, walaupun dia tidak pasti berapa ramai suspek berada di sana, dia boleh mengenal pasti siapa penyerang beliau.

"Pada masa ini, kami sedang menunggu pusat membeli-belah terbabit menyerahkan rakaman CCTV," katanya.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "