Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pelajar Tadika Hadiahkan Mercedes Benz Mewah Kepada Guru

7 Jun 2016


Kuwait: Seorang murid tadika perempuan berusia lima tahun memberikan sebuah kereta Mercedes mewah yang baharu kepada guru kesayangannya sebagai hadian selepas tamat persekolahan.

Noor Al Faris, 5, memilih hadiah itu untuk gurunya sebagai tanda terima kasih kerana membantunya tamat pembelajaran di tadika itu, minggu ini.


Beberapa gambar murid berkenaan bersama kereta itu yang tertulis "Kereta ini untuk guru kesayangan saya, Nadia"di bahagian cermin depan tersebar di internet.

Noor berkata dia memberi hadiah itu sebagai tanda terima kasih dan sayang kepada guru itu kerana membantunya sepanjang belajar di tadika.

Bagaimanapun, media tempatan melaporkan hadiah itu dibeli bapa Noor kerana berterima kasih selepas guru itu membantu anaknya setelah isterinya meninggal dunia.



Lelaki berkenaan yang enggan namanya disiarkan berkata, guru terbabit memainkan peranan penting membantu perkembangan Noor selain membawa kesan positif kepada kanak-kanak itu selepas dia kehilangan ibunya.

Harga dan butiran lanjut mengenai kereta itu tidak didedahkan, namun media tempatan melaporkan ia model mewah. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "