Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kerana Anti Islam, Erdogan Arah Hapuskan Nama Trump Dari Sebuah Bagunan Di Turki

27 Jun 2016
No Comment


Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dilaporkan telah menggesa supaya perkataan 'Trump' dari Trump Towers yang terletak di Istanbul berikutan retorik anti-Islam yang sering dimainkan oleh calon  presiden AS dari parti Republican Donald Trump.

"Trump tidak mempunyai toleransi bagi umat Islam yang tinggal di Amerika Syarikat. Dan di atas itu mereka menggunakan jenama di Istanbul dengan namanya. Orang-orang yang meletakkan tanda Trump di bangunan mereka harus segera menghapuskannya," kata Erdogan dalam pidato di Persatuan Usahawan dan peniaga, lapor RT, semalam.

berdasarkan rekod, bagunan setinggi 155 meter itu telah dibina sejak tahun 2010 oleh jutawan Turki Aydin Dogan yang membayar Trump untuk menggunakan namanya.

Dogan dalam satu kenyataannya juga telah mengumumkan untuk menilai semula penggunaan jenana Trump di bagunan miliknya itu berikutan perkembangan semasa kenyataan calon presiden itu dalam kempennya.

"Kami menyesal dan mengutuk kenyataan diskriminasi Trump. Kenyataan seperti itu tidak ada nilainya sama sekali dan produk dari fikiran yang tidak memahami Islam, agama perdamaian," kata pengurus Shopping Mall Trump Bulent Kural pada Disember lalu.

Erdogan, yang hadir pada majlis pembukaan Trump Towers pada tahun 2012 menyatakan yang beliau telah membuat kesilapan dengan memberikan izin usaha tersebut. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "