Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kerajaan Setuju Beri Cuti Pada 8 Haribulan Kepada Penjawat Awam Jika Raya Jatuh 6 Julai

30 Jun 2016
2 ulasan

PUTRAJAYA: Berikutan cadangan yang dilakukan oleh Cuepacs, pihak kerajaan telah bersetuju untuk memberikan perlepasan khas kepada kakitangan awam bertugas pegawai perkhidmatan awam Persekutuan, lapor Bernama.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata kerajaan telah bersetuju untuk memberikan pelepasan khas daripada bertugas pada 8 Julai ini kepada pegawai perkhidmatan awam Persekutuan sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada 6 Julai.

Bagaimanapun, perlepasan khas ini tidak akan terguna pakai sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada 5 Julai.

"Orang awam yang merancang untuk mendapatkan perkhidmatan kerajaan pada hari pelepasan khas tersebut digalakkan untuk mengunjungi jabatan dan agensi yang berkenaan sebelum cuti umum Hari Raya Aidilfitri."

"Semoga penjawat awam dapat memanfaatkan pemberian pelepasan khas daripada bertugas untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan seterusnya memberikan perkhidmatan yang terbaik dan produktif apabila kembali bertugas di jabatan dan agensi masing-masing," katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. hohohohoho..seronooooooooooooknye aku dgr berita ni..yeea..jimat cuti aku 1 hari

    Terjah sini Misteri Pemuda Bernama Daniel Tyler

    BalasPadam
  2. "Semoga penjawat awam dapat memanfaatkan pemberian pelepasan khas daripada bertugas untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan seterusnya memberikan perkhidmatan yang terbaik dan produktif apabila kembali bertugas di jabatan dan agensi masing-masing,"
    berharap je lah..naik gaji pun cakap cam ni tp tak pernah produktif jerk..still buat keje lambat n makan jerk lebih..

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "