Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Filem Kabali Akan Didatangkan Dalam Versi Bahasa Melayu Mulai 22 Julai ini

22 Jun 2016


Bagi peminat setia filem tamil yang tidak sabar menunggu filem terbaru bintang tersohor Rajinikanth, 'Kabali' ditayangkan, ini mungkin berita baik untuk anda.

Penerbit bersama Kabali, Datuk Abdul malik Dashtigeer berkata filem itu bakal mencipta sejarah apabila ia akan dialih bahasa dari bahasa Tamil ke Bahasa Melayu buat kali pertamanya dalam dunia perfileman negara.

Ini bermakna, peminat akan dapat menyaksikan filem itu dalam bahasa Melayu dan ia dijangka akan disiarkan bermula 22 Julai ini.

"Bagi versi bahasa Melayu, selebriti tanah air Arun Kumar memberi suaranya untuk watak Rajinikanth dan Fathia Latiff bagi watak Dhansika, anak Rajinikanth.   

"Untuk melakukan alih suara itu, kesemua yang terlibat termasuk Datuk Jalaluddin Hassan bagi suara watak penjahat dibawa ke Chennai, India selama tujuh hari untuk rakaman suara.

"Dua lagu (Ulagam dan Nerupuda) juga dalam proses pembikinan dalam bahasa Melayu dengan menggunakan muzik 'minus one' asli," katanya.

Menurut Abdul Malik, kos perbelanjaan untuk pemasaran di Malaysia menelan belanja sebanyak 2 juta dan filem itu disasarkan megutip RM50 juta secara keseluruhan di negara ini.

Versi bahasa Melayu itu juga akan ditayangkan di 250 pagawam di Indonesia mulai 29 Julai.

Filem Kabali mendapat perhatian rakyat Malaysia apabila ia turut menampilkan pelakon tempatan terkenal seperti Datuk Rosyam Nor, Norman Hakim, Zack Taipan dan Tony Kassim.

Abdul Malik yang juga pemilik syarikat Malik Streams berkata seramai 800 rakyat Malaysia turut menjadi pelakon tambahan dalam filem itu yang dinanti-nantikan peminat Rajinikanth di seluruh dunia.

Kehangatan filem itu dirasai di Malaysia apabila 'flashmob' diadakan di beberapa lokasi di seluruh negara manakala AirAsia Bhd pula menawarkan menu dalam penerbangan dan barangan cenderamata yang disesuaikan dengan tema filem itu. - Siakapkeli.my

Sumber : Bernama
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "