Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

7 Pucuk Senjata Api Milik Pekebun Dirampas Bagi Bantu Siasatan Tembak Anjing Liar

22 Jun 2016
No Comment

MUAR: Berikutkan kes tembakan anjing liar yang menjadi viral di laman sosial baru-baru ini, pihak polis telah merampas tujuh laras senjata api milik pekebun untuk dianalisis bagi membantu siasatan di Taman Junid Perdana, di sini, Jumaat lepas, lapor Bernama.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Azman Ayob berkata, hasil maklumat awal dan siasatan pihaknya menerima aduan daripada orang ramai berhubung kejadian tersebut selepas menjadi viral di laman sosial sehingga mendapat kecaman daripada orang ramai.

"Berdasarkan siasatan, kita dapati anjing liar tersebut ditembak menggunakan senapang apabila polis menemui beberapa kelongsong peluru berhampiran bangkai haiwan tersebut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pihak polis kini sedang giat mencari saksi untuk membantu menyiasat kes ini dan polis juga telah merampas senapang tersebut untuk menjalani pemeriksaan balistik.

Menurut beliaum sehingga kini, seramai tujuh orang pekerbun telah disiasat di mana kesemua mereka mempunyai senjata api bagi tujuan menjaga kebun manakala pihaknya akan menyoal siasat tujuh lagi pekebun yang memiliki lesen senjata api di daerah ini.

"Untuk permulaan, kita akan melakukan analisis terhadap tujuh laras senjata ini dulu. Yang lain, kita akan analisis kemudian secara berperingkat," katanya.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 429 Kanun Keseksaan kerana membunuh binatang yang membawa hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali dan Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960 yang boleh didenda tidak melebihi RM2,000, jika sabit kesalahan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "