Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dua Lelaki Cedera Ditetak di Sentul

20 Jun 2016
No Comment
Ravindran Maninurasu diminta tampil untuk membantu siasatan


Sentul, 20 Jun: Dua lelaki 20-an cedera selepas mereka ditetak oleh sekumpulan lelaki dalam kejadian berhampiran kuil di Jalan Sentul kira-kira jam 10.30 pagi semalam.

Harian Metro melaporkan, Ketua Polis Daerah Sentual Asisten Komisioner R. Munusamy berkata pihaknya menerima panggilan awam mengenai satu pergaduhan di kawasan tersebut.

Menurut beliau, setibanya di lokasi, pihak polis mendapati suspek cuba melarikan diri dan dua mangsa itu dalam keadaan terbaring di tepi jalan.

"Salah seorang daripada mangsa cedera di kepala, manakala rakanya cedera di bahagian belakang dan mereka di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan.

"Anggota polis juga berjaya menangkap salah seorang daripada suspek dan merampas sebilah parang selepas mengejarnya.

"Hasil siasatan mendapati pergaduhan berlaku selepas suspek tidak berpuas hati dengan salah seorang mangsa yang membuat bunyi bising dengan motosikal di hadapan mereka tiga hari sebelum kejadian," katanya.

Suspek, 22, kini ditahan reman untuk siasatan.

Selain itu beliau juga berkata polis turut mengesan seorang rakan suspek, Ravindran Maninurasu, 19 untuk membantu siasatan.

"Kita harap individu berkenaan dapat tampil di balai polis berdekatan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan," katanya.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "