Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(VIDEO) Polis Jalankan Siasatan, Lelaki Dakwa Dia Dan Teman Wanita Ditumbuk VIP

27 Mei 2016
No Comment

Alor Setar: Seorang lelaki hari ini melalui laman Facebooknya telah mendakwa telah dipukul oleh seorang kenamaan bersama dua orang lelaki yang menyebabkan dia dan teman wanitanya cedera, lapor Harian Matro.

Kejadian berkenaan didakwa berlaku kira-kira jam 5.45 petang 15 Mei dan sebuah video yang berjaya dirakam oleh pengunjung Aman Mall berhampiran telah menjadi viral di laman sosial di mana telah mendapat 293 ribu tontonan dan 9900 kali perkongsian.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin telah mengesahkan kejadian tersebut, pihaknya masih melakukan siasatan untuk mengenal pasti identiti individu yang didakwa lelaki berkenaan.

"Siasatan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan kertas siasatan sudah dibuka pada tarikh kejadian."

"Sehingga kini orang kenamaan berkenaan gagal dihubungi bagi mendapatkan maklum balas," katanya.

Mangsa yang menggunakan nama Adam Hoonigan melalui laman Facebooknya berkata, ketika kejadian dia memandu keluar dari pusat membeli belah Aman Central dan terus memandu ke lorong tengah menuju ke persimpangan lampu isyarat di hadapan kompleks beli-belah berkenaan.

Namun dakwanya tiba-tiba sebuah kereta jenis Toyota Harrier berwarna hitam yang di pandu oleh lelaki melayu berumur 20an dan di dalam kereta tersebut juga terdapat dua lelaki melayu berusia 20an dan 50an telah membunyikan hon panjang disebelah kiri keretanya.

"Pemandu SUV itu membuat hon panjang dan berada di sebelah kiri kereta saya ketika lampu isyarat berwarna merah. Dia kemudian menurunkan tingkap kenderaan dan berkata 'Kenapa, kenapa... Hang tak kenal lagi aku siapa' berulang kali dan meminta saya turun dari kenderaan, tetapi saya enggan.

"Tiba-tiba lelaki berusia 50-an berkenaan turun lalu membuka pintu dan menarik kunci kereta serta menumbuk mulut saya menyebabkan luka sebelum menarik saya keluar, tetapi saya turut menumbuknya sebaik keluar dari kereta," katanya.

Beliau turut mendakwa ketiga-tiga lelaki berkenaan terus memukulnya, malah teman wanitanya turut ditumbuk dibahagian dada, tangan kanan dan kiri kerana cuba meleraikan pergaduhan.

"Orang ramai yang kebetulan melalui jalan berkenaan bertindak meleraikan pergaduhan, sebelum tiga lelaki terbabit meninggalkan lokasi kejadian.

"Saya kemudian membawa teman wanita ke sebuah pusat perubatan swasta, di sini, kerana mengalami sesak nafas yang sangat teruk," katanya

Satu laporan polis telah dibuat oleh beliau di Ibu Pejabat Polis Alor Star. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "