Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Polis Temui Pistol Dalam Kenderaan Milik Safee Sali Yang Dipandu Oleh Individu Lain

15 Mei 2016


KUALA LUMPUR, 15 Mei - Polis menemui sepucuk pistol dan 30 butir peluru hidup di dalam kenderaan milik pemain bola sepak Safee Sali yang dipandu oleh seorang pemilik kedai aksesori kenderaan pacuan empat roda Ford Ranger sekitar jam 12 tengahhari tadi.

Menurut BH Online, pemilik kedai yang berusia 34 tahun itu ditahan sepasukan polis trafik yang sedang membuat sekatan jalan raya di susur keluar Kempas, Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara, sekitar jam 12 tengah hari.

Pemeriksaan mendapati terdapat sepucuk pistol di dalam beg kuning yang ditempatkan di tempat duduk belakang kereta terbabit.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata Safee sebelum ini menghantar kenderaan miliknya itu minggu lalu ke kedai suspek untuk diubahsuai dan akan mengambilnya semula selepas perlawanan akhir Piala FA yang berlangsung semalam.

"Saya mengesahkan suspek kes ini tiada kaitan dengan Safee Sali dan suspek hanya mengenali pemain bola sepak itu sebagai pelanggan yang mendapatkan khidmat ubahsuai di kedainya.

"Suspek itu kini ditahan reman untuk siasatan lanjut," katanya - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "