Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Maut Dilanggar ETS, Cebisan Mayat Bertaburan 1KM

15 Mei 2016

ALOR SETAR, 15 Mei: Seorang lelaki maut selepas dilanggar oleh Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) ketika cuba melintas landasan keretapi itu dalam kejadian yang berlaku di Kilometer 110.45 Kodiang-Anak Bukit, berhampiran Megat Dewa, dekat sini petang tadi.

Mangsa yang berumur 20 tahun dipercayai seorang penganggur.

BH Online mlaporkan, dalam kejadian jam 4.40 petang itu, mangsa bertindak melompat pagar untuk pergi ke kedai runcit di seberang landasan sebelum dilanggar kereta api terbabit yang datang dari arah Arau ke Jitra, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan, Abd Rahim Abdullah, ketika mengesahkan kejadian, berkata cebisan mayat mangsa bertaburan sejauh satu kilometer di atas landasan berkenaan.

Beliau berkata, cebisan mayat mangsa kemudiannya di hantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan masih dijalankan. Akibat kejadian itu, kereta api berhenti hampir setengah jam sebelum meneruskan perjalanan," katanya. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "