Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mark Zuckerberg Dapat RM17 Juta Sehari Sejak Lahir, Lebih Banyak Dari Bill Gates

16 Mei 2016

AMERIKA SYARIKAT.  - Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg menyambut hari lahirnya ke 32 pada minggu lalu tanpa mengadakan majlis secara besar-besaran.

Kekayaan CEO Facebook itu kini sudah mencecah US$51.8 billion (RM208 billion) yang bermakna jika dikira dari sudut hari, dia sudah berjaya membuat RM17 juta sehari dari hari dia lahir sehingga sekarang.

Kekayaan Zuckerberg itu kini mengatasi kekayaan pengasas Microsoft, Bill Gates yang sudah berumur 60 tahun.

Mengikut perkiraan, secara purata sepanjang hidupnya selama 60 tahun, jumlah pendapatan harian Gates adalah sebanyak US3.5 million (RM14 juta)

Sepanjang tahun lalu, saham Facebook mencapai kenaikan sebanyak 53 peratus, jauh mengatasi kebanyakan syarikat-syarikat laman sosial seperti Twitter dan LinkedIn.

Bagaimanapun, Zuckerberg dan isterinya tidak bercadang untuk memegang saham Facebook buat selama-lamanya. Mereka sebelum ini telah mengumumkan akan menderma saham syarikat itu sebanyak 99 peratus untuk tujuan kebajikan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "