Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kanak-Kanak 8 Tahun Diikat Tanpa Pakaian Sudah Diselamatkan, Bapa Disoal Siasat

16 Mei 2016

George Town, 16 Mei - Seorang kanak-kanak berusia 8 tahun yang didakwa diikat menggunakan rantai besi tanpa sebarang pakaian oleh bapanya di kawasan tangga di sebuah flat di sini pada Sabtu lepas kini sudah berada dibawah perlindungan polis dan jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurut Ketua Polis Daerah timur, ACP Mior Faridalatash Wahid, kanak-kanak itu diselamatkan oelh polis kira-kira jam 1 tengahhari ini selepas pulang dari sekolah dan telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang bagi pemeriksaan.

"Kami telah ke rumah kanak-kanak itu dan ketika itu dia baru balik dari sekolah. Sekarang ini dia di bawah jagaan dan perlindungan polis dan JKM," katanya sebagaimana lapor Bernama.

Selain itu, beliau juga berkata pihak polis sudah pun mengambil keterangan dari bapa kanak-kanak itu yang juga pemandu van sekolah yang berusia 45 tahun.

Beliau juga berkata, siasatan mendapati kanak-kanak itu tinggal bersama bapanya di rumah tersebut selepas ibu dan bapanya bercerai tahun lepas.

Akhbar hari ini melaporkan seorang kanak-kanak lelaki yang dalam keadaan bogel diikat dengan rantai tali di tangga rumahnya di sebuah flat di Paya Terubung selama lima jam oleh bapanya sebagai denda kerana nakal. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. apa ni? knp bapak dia ni buat anak mcm tu? even ada masalah dgn pasangan bukan anak tempat utk lepaskan kemarahan. xkesian k?

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "