Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ibu Kejar Anak Guna Selipar Selepas Ditahan Kerana Berlumba Haram

28 Mei 2016
No Comment

Seorang ibu yang tidak dapat menahan kemarahan dengan perangai anaknya yang telah ditahan polis dalam Operasi Bersepadu Mat Rempit di Batu 10, Jalan Gurun Jeniang, Sungai Petani, awal pagi Jumaat, mengejar anaknya sambil memegang selipar, lapor Berita Harian.

Wanita itu dikatakan menjerit-jerit memanggil anaknya kerana dakwanya anaknya itu degil walupun sudah dilarang mengikuti lumba haram.

Beliau juga dilihat bertindak memukul beberapa anggota polis menggunakan selipar selaps menghalang beliau memukul anaknya itu.

"Mana dia? Aku nak bagi (pukul) dia, dah larang berpuluh kali tapi dia mai (datang) juga tempat ini, " kata wanita itu sambil mencari anaknya.

Bagaimanapun pihak polis telah berjaya meredakan kemarahan wanita itu sebelum beliau beredar dari tempat kejadian.

Kejadian berlaku ketika pihak polis menjalankan operasi bersepadu membabitkan empat pegawai dan 30 anggota dari Cawangan Trafik, Pasukan Lejang Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan 26 anggota Sukarelawan Polis Diraja Malaysia (SPDRM).

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa, berkata sebanyak 62 motosikal disita selain 87 saman membabitkan 110 kesalahan antaranya tiada lesen memandu, cukai jalan dan insurans dalam operasi enam jam bermula jam 12 tengah malam itu.

"ketika operasi berkenaan seorang anggota PDRM patah lutut kanan dan dihantar ke hospital selepas dirempuh tiga penunggang motosikal yang cuba melarikan diri selepas menyedari polis tiba, " katanya di sini semalam.

Beliau berkata, tiga penunggang motosikal itu kemudiannya melarikan diri dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. FAKTA 62 motosikal disita 87 saman dikeluarkan 110 kesalahan antaranya tiada lesen memandu, cukai jalan dan insurans. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "