Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wanita Ditemui Mati Bersama Bayi Perempuan

14 Apr 2016

Rawang, 14 Apr: Seorang ibu bersama bayi perempuan enam bulan ditemui mati di dalam rumah mereka di Taman Rawang Perdana 2 kira-kira 9 pagi tadi.

Mayat dua beranak itu ditemui oleh bapa mentua mangsa yang datang untuk menziarah.

Menurut jiran mangsa, bapa mentua wanita berkenaan menjerit selepas menemui menantu perempuan bersama cucunya dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Saya terdengar pakcik (bapa mentua) itu menjerit sebelum berlari untuk melihat apa sebenarnya yang berlaku.

"Pakcik itu menunjukkan anaknya yang berada di dalam rumah terbaring di lantai manakala cucunya berusia enam bulan terbaring tidak sedarkan diri di atas katil.

"Keadaan rumah seakan-akan dipecah masuk kerana berselerak dan pintu terbuka," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Jurucakap plis berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada 10.30 pagi sebelum ke lokasi kejadian.

"Polis menjumpai seorang wanita tempatan bersama anaknya terbaring di lantai dan atas tilam dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Pihak Forensik dan Unit Anjing Pengesan (K9) sudah ke lokasi kejadian untuk siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "