Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Bertembung Sesama Sendiri Sebanyak 6 Kerusi Di Sarawak, DAP Dakwa Ditipu PKR

25 Apr 2016
No Comment

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini menyatakan  rasa kecewanya dengan keputusan PKR untuk bertanding menentang parti itu di lima kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak.

"Jika satu kerusi, kita boleh memahami. Kita boleh cuba untuk ketepikannya tetapi (ini sekurang-kurangnya) lima kerusi, bagaimana kita boleh ketepikannya?

"Kami rasa bahawa DAP telah ditipu," katanya dipetik laporan Malaysiakini.

Menurut Lim yang juga merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang, PKR tidak menunjukkan komitmen dan tidak mematuhi perjanjian Pakatan Harapan supaya mereka tidak bertanding melawan antara satu sama lain.

"Tindakan DAP dan PKR berebut kerusi ini sudah pasti akan mengelirukan rakyat,"katanya lagi.

Kedua-dua parti bersekutu ini telah bertembung sesama sendiri sekurang-kurangnya lima kerusi iaitu di kawasan Mulu, Mambong, Ngemah, Simanggang dan Murum.




Menurut Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali hari ini mengesahkan bahawa beliau memberi kuasa kepada PKR Sarawak untuk menurunkan calon parti berkenaan di lima kerusi yang menjadi perbalahan dengan DAP.


Tindakan ini dilakukan sebagai tindak balas terhadap DAP yang meletakkan calonnya, Abdul Aziz Isa di Batu Kitang.

"PKR langgar perjanjian, jadi kami tidak mempunyai pilihan tetapi untuk bertanding di Batu Kitang."

"Kajian Merdeka Center menunjukkan DAP mendapat lebih sokongan berbanding PKR jika kita bertanding di Batu Kitang tetapi dalam semangat Pakatan Harapan, kita memberi laluan kepada PKR untuk bertanding di kerusi boleh menang ini," katanya. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "