Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

TMJ Intai Peluang Beli AC Milan

24 Apr 2016


JOHOR BARU, 24 Apr: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim(TMJ) menerusi satu temubual ekslusif oelh The Straits Time berkata beliau ada merancang untuk membeli kelab Serie A Itali, AC Milan.

Pemilik pasukan JDT itu mendedahkan perkara tersebut ketika bercakap di Istana Bukit Pelangi pada Jumaat dengan berkata : "Saya merancang untuk membeli AC Milan tetapi kita lihat macam mana nanti. Saya suka Milan dan saya sentiasa menyukai kelab-kelab Itali sejak kecil... tumpuan sentiasa pada JDT tetapi sekiranya saya boleh beli sebuah kelab bola sepak di Eropah, ia akan menjadi AC Milan."

Tambah Tunku Ismail, perkara itu masih lagi di dalam peringkat kajian dan perbincangan buat masa ini.

Tunku Ismail berkata, kedua-dua pasukan(JDT & AC Milan) akan bekerjasama sekiranya perjanjian dilakukan.

Menurut Tunku Ismail: "kita amat berharap dapat menghubungkan Milan dan JDT pada masa akan datang. Siapa tahu..."

"Dan ia akan menjadi kolaborasi secara langsung, bukan sekadar kolaborasi kecil. Ia akan dilakukan secara langsung." - Siakapkeli.my

Sumber : mStar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "