Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tanah Aina Resort Terima Anugerah Khas Di Jerman

8 Apr 2016
No Comment

KUANTAN: Pusat pelancongan alam semula jadi, Tanah Aina Resorts telah dipilih menerima Anugerah Green Era pada Forum Ekonomi Hijau di Berlin, Jerman.

Pengiktirafan tertinggi berkenaan diberikan kepada Tanah Aina Resorts kerana membangunkan perlancongan Eco berlatar belakangkan hutan hujan Tropika.

Anugerah disampaikan Presiden Persatuan Perunding dan Pengurusan Otherways dari Peranchis, Chales S Tibet kepada Pengarah Urusan Tanah Aina Resort, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil.  

"Penganugerahan ini adalah satu kejayaan dan penghormatan kepada Tanah Aina Resorts, khususnya dan Malaysia umumnya. Ini membuktikan negara kita amat kaya dengan keindahan khazanah alam yang perlu dipelihara sebaik mungkin dan ia turut diiktiraf oleh pihak luar," katanya.

Ketika ini, Tanah Aina Resorts mempunyai beberapa rangkaian resort seperti Tanah Aina Farah Soraya, Tanah Aina Fahad, Restoran Tanah Aina Azareena, Tanah Aina Farhana, Tanah Aina Farouq dan Tanah Aina Fareena, di sekitar Raub dan Bentong.  

Shariffa Sabrina yang juga Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) turut diberi peluang berkongsi pengalaman memelihara khazanah alam sekitar pada majlis penganugerahan berkenaan. - Siakapkeli.my







Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "