Jika sebelum ini Datuk Vida menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab menyebar posting palsu, kini usahawan Safiey Illias pula menjadi mangsa pihak tersebut.
Dan modal yang sama digunakan iaitu ingin memberi beg percuma.
Status palsu itu telah mendapat lebih dari 100,00 perkongisan dan 7,600 komen dari pengguna Facebook.
Status dari akaun palsu. |
Selepas beberapa status tersebut viral, Safiey Illias tampil menafikan beliau mengeluarkan status tersebut dan tidak mempunyai mana-mana akaun FB yang lain selain facebook perbadinya.
"MAAF . Saya tidak mempunyai mana2 pages selain drpd FB Personal ini . Saya tidak bertanggungjawab ke atas sebarang penipuan yg dilakukan selain drpd FB Personal saya yg ini . Terima kasih semua .", tulis beliau.
Kes ini menjadi kes kedua selepas kes Datuk Vida. Diharap orang ramai lebih berhati-hati ketika berkongsi maklumat di media sosial. - Siakapkeli.my