Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Rayani Air Gantung Operasi Serta Merta

9 Apr 2016


PETALING JAYA, 9 Apr: Syarikat penerbangan tambang murah patuh syariah pertama Malaysia, Rayani Air menggantung operasinya berkuat kuasa serta-merta.

Perkara itu diberitahu sendiri oleh pemilik syarikat terbabit, Ravi Alagendrran kepada mStar Online hari ini.

Menurutnya, pergantungan itu akan berkuat kuasa sehingga ke satu tempoh yang akan dimaklumkan semula.

"Ingin dimaklumkan bahawa kita telah menggantung operasi berkuat kuasa serta-merta pada 8 April 2016 sehingga dimaklumkan kemudian.

"Ia adalah sebahagian daripada pelan penstrukturan semula syarikat. Kita akan beroperasi semula selepas melakukan penstrukturan semula," katanya laporan mStar Online dipetik.

Pengumuman kepada orang ramai mengenai perkara itu turut dihebahkan oleh Rayani Air menerusi laman Facebooknya.

Salam sejahtera, Operasi RayaniAir diberhentikan buat sementara waktu untuk penyelenggaraan pengurusan. Kami memohon maaf atas kesulitan ini. Segala masalah boleh hubungi Rayani Call Centre ( +602-27214925)

Posted by RayaniAir on Friday, 8 April 2016

Sementara itu Ravi juga berkata, pihaknya telah memaklumkan perkara yang sama kepada pegawai syarikat tersebut menerusi emel.

Berdasarkan emel itu, Ravi meminta pegawainya supaya  mengarahkan bahagian masing-masing menghentikan operasi dan 'mengira semula aset syarikat'.

"Semua bayaran balik dan pertanyaan berkaitan dengan penumpang yang telah ditempah awal, perlu dipanjangkan kepada info@rayaniair.com atau hubungi pusat panggilan di +603-27214925 (beroperasi setiap hari dari pukul 9 pagi sehingga 6 petang)," ujar Ravi.

Sebelum ini, keratan emel terbabit menjadi viral di media sosial.

Selain itu, mStar turut melaporkan bahawa Ravi turut mengesahkan bahawa Rayani Air terpaksa membatalkan penerbangannya berikutan mogok yang dilancarkan juruterbangnya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "