Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Polis Buru Warga Indonesia Disyaki Larikan Budak 12 Tahun

19 Apr 2016


SUBANG JAYA, 19 Apr: Polis kini dalam proses mengesan seorang warga Indonesia yang didakwa menculik seorang budak perempuan 12 tahun yang juga anak kepada pasangan dimana suspek tinggal di negara ini.

Kes itu mula menjadi viral apabila pemilik Facebook, Farah Nilofer Jamaluddin memuatnaik gambar kanak-kanak itu, Puteri Nurkyra Izam Abdullah dan suspek.

Farah berkaat ibu bapa kanak-kanak itu mendapati anak perempuan mereka dan wanita Indonesia itu hilang dari kediaman mereka di SS19, disini pada 5.30 pagi Selasa.

Kes berkenaan disahkan oleh Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Azlin Sadari yang berkata pihaknya kini sedang mengesan mereka.

"Kami meminta semua pihak yang mempunyai sebarang maklumat mengenai wanita Indonesia berusia 20 tahun dan budak perempuan itu supaya segera menghubungi polis," katanya sebagaimana lapor mStar Online.

Kes diklasifikasikan sebagai penculikan.

Sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta menghubungi talian 03-20529999 atau ke balai polis berhampiran, selain menghubungi keluarga mangsa, 010-400 7375 (Hazery). - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "