Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Hantu Itu Begitu Hodoh" - Mangsa Histeria

19 Apr 2016
Gambar keratan akhbar Sinar Online.

KOTA BHARU, 19 Apr: Beberapa orang pelajar yang diserang histeria mendakwa mereka melihat bayangan hantu sebelum jatuh pengsan.

Kumpulan pelajar tersebut mendakwa mereka melihat bayangan gelap yang menyerupai perempuan hodoh seperti pontianak.

Diganggu Dua Kali Dalam Tandas

Pelajar dari SMK Pengkalan Chepa, Fatin Nor Atikah, 17, berkata dia dirasuk sebanyak dua kali dalam tandas sekolah ketika belajar di tingkatan tiga dan empat.

Fatin berkata, dalam kedua-dua insiden itu, dia melihat bayangan hitam yang sukar digambarkan dengan tepat.

"Hantu itu begitu hodoh, saya terkena sawan dan kemudiaannya berasa lumpuh sebelum pengsan dan dipengaruhi kuasa ghaib.

"Bagi kedua-dua kes, saya pengsan selama beberapa jam. Saya kemudiannya dikejutkan oleh seorang ustaz di sekolah.

"Pengalaman itu menakutkan dan setiap kali saya pergi ke tandas, saya membawa rakan bersama-sama. Jika tidak, saya mengelak untuk pergi ke tandas," katanya.

Fatin merupakan salah seorang yang diserang histeria di beberapa buah sekolah di negeri ini sejak mnggu lalu.

Tangan Mula Berasa Kebas Selepas 'Nampak"

Seorang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 2, Raja Nor Atirah Hurmaishah berkata dia dirasuk selepas melihat pontianak di dalam tandas sekolah pada Rabu lalu.

"Saya tidak percaya apa yang saya lihat, tapi kedua-dua tangan saya mula berasa kebas dan kemudian fikiran saya menjadi kosong.

"Saya cuba untuk memanggil meminta tolong tetapi tidak dapat membuka mulut, selepas itu semuanya nampak gelap," katanya sebagaimana lapor mStar Online.

Nasihat Dari Pakar

Sementara itu, Pengasas Pusat Rawatan Islam Al-Qalam, Datuk Seri Baharuddin Abu menasihat agar pelajar perempuan menjaga kebersihan terutama apabila berkaitan tuala wanita memandangkan ia juga antara daya penarik untuk jin berdamping dengan mereka.

Tambah beliau lagi, jin menjadikan tuala wanita yang 'berisi' sebagai makanan mereka dan ia akan menyebabkan gangguan kepada empunya tuala wanita itu sendiri seterusnya menyebabkan histeria.

Lagipun jin suka kepada tempat-tempat kotor dan selalu mendiami tempat berkenaan,” katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Tambah beliau lagi, ada beberapa punca yang menyebabkan gangguan termasuk tempat tinggal jin itu diganggu.

Mungkin pelajar di sekolah membersihkan kawasan tempat tinggalnya yang menyebabkan ia marah.

Ini juga boleh terjadi memandangkan jin tidak suka kepada kebersihan,” katanya.

Selain itu, beliau juga menasihat agar pelajar sentiasa berada dalam keadaan berwuduk.

Ini sebagai benteng untuk menangkis gangguan jin di samping amalan membaca ayat-ayat suci al-Quran,” katanya.

Menurut Baharuddin, gangguan yang berlaku di sekolah termasuk di SMKPC 1, SMKPC 2, SMK Kemumin dan SMK Kubang Kerian 3, mungkin disebabkan jin atau saka.

Ia boleh berubah dalam pelbagai bentuk dan mendekati golongan yang lemah semangat terutamanya pelajar perempuan yang sedang datang bulan (period),” katanya.

Insya-ALLAH kita akan cuba ikhtiar untuk merawat gangguan ini dan saya sendiri akan turun ke sekolah itu bagi melihat keadaan sekolah.

“Kita cuba pulihkan semangat pelajar memandangkan keadaan itu turut memberi tekanan emosi kepada mereka,” katanya.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "