Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pencuri WiFi Bukan Membuat 1 Kesalahan, Tapi 3 - Mufti

12 Apr 2016

Pencuri yang menggunakan WiFi tanpa pengetahuan pemilik bukan membuat satu jenis kesalahan tapi tiga.

Ulama di Jabatan Hal-Ehwal Islam dan Aktiviti Amal (IACAD) di Dubai menerusi satu kenyataan mengeluarkan fatwa yang menyatakan pencuri yang menggunakan WiFi dari jiran tanpa pegetahuan mereka melakukan tiga kesalahan iaitu penyalahgunaan, mencuri dan penipuan, Dr. Ali Mashael, kata ketua Mufti di jabatan tersebut kepada Khaleej Times.

"Tidak kira pemilik WiFi itu terkesan atau tidak, ianya haram dan dilarang sama sekali untuk menggunakan servis itu tanpa kebenarannya", tambah beliau.

Penyelidik Islam, Dr. Shaikh Mohammed Ashmawy berkata, sekiranya pemilik WiFi tersebut terkesan ketika pencuri menggunakannya, ia akan dikira sebagai dosa lain.

"Nabi Muhammad bersabda 'Tidak boleh melakukan perbuatan yang memudaratkan, dan tidak boleh membalas kemudaratan dengan cara yang salah’, justeru orang ramai janganlah mencuri Wi-Fi,” jelas Dr Ashmawy.

Fatwa itu dikeluarkan oleh jabatan terbabit pada laman webnya pada Isnin sebagai respon kepada satu soalan dari pembacanya.

Fatwa itu menyebut "Tidak salah menggunakan talian jika jiran kamu membenarkan, tetapi jika mereka tidak mengizinkan, kamu tidak boleh mengguna talian itu".

 Jabatan Hal-Ehwal Islam dan Aktiviti Amal (IACAD) Dubai menjawab pelbagai jawapan secara online termasuklah dari sembahnya dan hal-hal keagamaan serta isu-isu moden seperti pembedahan plastik dan memuat turun movie secara haram. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "