Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pelancong Maut Dibaham Buaya Ketika Aktiviti 'Snorkling'

3 Apr 2016
No Comment

JAKARTA -  Mayat seorang pelancong, Sergey Lykhvar, 37, ditemui terapung di West Papua, dipercayai dibaham buaya ketika menyelam di perairan Indonesia, lapor Metro.co.uk.

Buaya yang membaham mangsa dikesan berenang di belakang mangsa ketika penyelamat menemui mayat lelaki tersebut pada Selasa.

"Kami percaya dia dibaham oleh buaya kerana bahagian badan yang hilang dan melihat tahap kecederaannya," kata ketua penyelamata Prasetyo Budiarto sebagaimana lapor Sinar Online.

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tidak bertangan dan mempunyai kesan gigitan pada paha.

"Kami sedang berhubung dengan Kedutaan Rusia. Keluarga mangsa akan datang untuk mengambil abu di Indonesia, " kata Budiarto. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "