Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Nenek Tersilap Sembah Patung, Keliru Dengan Karakter Permainan Video

8 Apr 2016
No Comment

China - Aksi seorang wanita tua di China tersilap menyembah sebuah patung menjadi viral di media sosial.

Namun apa yang menjadi pelik adalah, patung yang disembah itu sebenarnya adalah patung permainan video, bukannya patung dewa-dewa China.


Rakaman gambar aksi wanita tersebut dirakam dari luar sebuah pusat siber, yang merakamkan aksi wanita tersebut melutut dan membakar colok di hadapan patung tersebut yang menyerupai Lord Guan, seorang jeneral China pada zaman dahulu.

Bagaimanapun, patung itu sebenarnya Garen, salah satu karakter dalam permainan video League of Legends, watak yang ditiru dari kisah Lord Guan.

Gambar tersebut telah menyebabkan ramai netizen di China berasa sayu melihat apa yang berlaku.

"Saya sangat rasa sedih untuknya, mungkin keluarganya ada masalah dan dia sedang mencari pertolongan", kata seorang netizen. - Siakapkeli.my

Garen

Guan Yu
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "