Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Gambar) Bilik Kertas Siasatan Lama IPD Kuala Terengganu Terbakar

26 Apr 2016
No Comment

KUALA TERENGGANU: Sebuah bilik yang menyimpan kertas saisatan lama di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu dilaporkan telah terbakar malam tadi, lapor Astro Awani.

Kejadian yang berlaku kira-kira jama 10.15 malam itu telah menyebabkan seramai 58 orang kena tuduh (OKT) termasuk tiga wanita dipindahkan ke Balai Polis Gong Badak.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Idris Abd Rafar berkata, bilik yang terbakar berlenaan terletak berhampiran lokap dan stor simpanan senjata.

“Setakat ini, saya sahkan tiada kertas siasatan yang terbakar dalam kejadian pada malam ini. Syukur alhamdulillah tiada kemalangan jiwa, stor senjata kita yang terletak berhampiran bilik yang terbakar juga selamat.

"OKT kita pun selamat cuma seorang OKT perempuan kita dibawa ke hospital kerana sesak nafas mungkin disebabkan asap," kata Idris.

Sementara itu, Komanden Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Terengganu, Mohd Izwan Hashim memaklumkan anggotanya telah menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 10.19 malam dan berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh 10 minit.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. - Siakapkeli.my






Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "