Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Samun Tauke Lembu 150K : Suspek Dua Kali Lolos, Dua Kali Terbabas

26 Apr 2016


RANTAU PANJANG, 26 Apr – Lima penjenayah yang dipercayai warga asing berjaya ditahan setelah cuba melarikan wang milik seorang peniaga di Kampung Tok Sangkut Repek di sini apabila kereta yang dipandu oleh mereka merempuh sebuah kedai di kawasan itu semalam.

Sinar Online melaporkan, dalam kejadian kira-kira jam 1 tengahhari itu, lima suspek termasuk seorang wanita dipercayai mengekori mangsa yang juga seorang usahawan jual beli lembu dari sebuah bank di sini.

Suspek mengekori ahli perniagaan itu menggunakan sebuah motosikal dan kereta.

Dua dari suspek pecah kereta

Dua dari suspek yang menunggang motosikal bertindak memecah kereta jenis Toyota Harrier dan mengambil sejumlah wang milik mangsa yang ketika itu berhenti makan di sebuah kedai makan, kira-kira 10 km dari bank terbabit sebelum melarikan diri.

Namun, motosikal suspek terbabas di Masjid Tok Sangkut menyebabkan mereka terjatuh di bahu jalan.

Terbabas, sebelum tinggal rakan

Pembonceng motosikal terbabit kemudian menyelamatkan diri dengan menaiki kereta jenis Proton Saga rakannya dan meninggalkan seorang lagi suspek di tempat kejadian. Suspek yang ditinggalkan diberkas oleh penduduk di masjid tersebut

Terbabas lagi sekali

Malang menimpa suspek itu lagi sekali apabila kereta yang mereka naiki terbabas lalu terbalik sebelum melanggar pintu depan sebuah kedai runcit di Jalan Lubok Jong Pohon Tanjong.

Menurut Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Ibrahim, pemandu kereta terbabit tersepit hampir 15 minit.

"Suspek cedera parah pada bahagian kepala dan tidak sedarkan diri sebelum diselamatkan anggota keselamatan," katanya.



Kelima-lima suspek berjaya ditahan dan dihantar ke Hospital Pasir Mas untuk rawatan lanjut.

Menurutnya, pihak polis masih menyiasat identiti suspek dan kewarganegaraan kesemua yang terlibat.

Mujur Emak Tak Duduk Depan Kedai

Sementara itu, pemilik kedai yang dirempuh, Munirah Mohammad, 31, berkata dia bernasib baik kerana tidak duduk di hadapan kedai ketika kejadian.



Mujurlah emak tak duduk di sini (hadapan pintu kedai), kerana ibu mempunyai masalah pendengaran, jika tidak dia juga mungkin menjadi mangsa kejadian terbabit.

“Selepas kemalangan itu, saya terus panggil ibu dan adik-adik kerana risau kereta mungkin meletup, kerana petrol mengalir masuk ke dalam kedai,” katanya.

Menurutnya, orang ramai mengerumuni kereta itu dan beranggapan mahu menyelamatkan kesemua mangsa di dalam kereta itu.

Video Viral

Selain itu, video kejadian juga turut viral di media sosial yang memaparkan kereta suspek dikerumuni orang ramai berang dengan mereka.

 - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "