Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Budak 6 Tahun Maut Digilis Kereta

28 Apr 2016


Kota Bharu, 28 Apr: Seorang budak lelaki 6 tahun maut selepas motosikal yang dibonceng bersama bapa dan ibunya merempuh belakang sebuah kereta sebelum terjatuh dan digilis oleh kereta lain dalam kejadian di Kampung Tapang di sini kira-kira jam 2.20 petang tadi.

Mangsa, Mohammad Adam Haikal, 12, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Bapa, Mohd Ibrahim Mohd Salleh, 49, mengalami kecederaan di muka manakala ibunya Karimah Yusof, 43, parah di kepala.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat.

Harian Metro melaporkan, bapa mangsa berkata ketika kejadian, dia bersama isteri dan anaknya dalam perjalanan ke pasar di Kota Bharu.

"Ketika melalui jalan itu sebuah kereta jenis Perodua Viva yang berada di hadapan secara tiba-tiba membelok ke kanan menyebabkan saya tidak dapat mengawalnya motosikal sebelum merempuh lampu belakang sebelah kanan dan terjatuh.

"Saya, isteri dan Mohammad Adam Haikal, tercampak di atas jalan sebelum saya dimaklumkan oleh orang ramai anak saya digilis kereta lain dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika ditemui di HRPZ II.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Baharom Abu ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. —Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "