Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bandar di Jerman Pasang Lampu Isyarat Untuk 'Zombi' Telefon

26 Apr 2016
No Comment

Jerman - Ketika pelbagai inisiatif diambil oleh pihak berkuasa di seluruh dunia untuk menyedarkan orang ramai tentang bahaya bermain telefon ketika berjalan di kawasan berkenderaan, pihak berkuasa di sebuah bandar kecil di Jerman pula bertindak selangkah lebih dengan memasang sistem lampu isyarat untuk 'zombi' telefon atau lebih tepat, smombies.

Ia bertujuan supaya orang ramai, termasuk pelancong lebih peka dengan keadaan sekeliling.

Sistem lampu isyarat 'smombies' itu dipasang pada lantai, bertepatan dengan arah mata 'smombies' yang senantiasa memandang skrin telefon mereka.

Sistem itu akan menyalakan lampu merah apabila terdapat tren yang mahu melintas ataupun lampu isyarat ketika itu merah.



Setakat ini, sistem tersebut dipasang di dua kawasan pejalan kaki di Ausgsburg yang mana terdapat kes kemalangan yang membabitkan tren dan juga smombies dimana salah satu kejadian melibatkan kemalangan nyawa.

"Kami sedar bahawa lampu isyarat biasa tidak seiringan dengan pandangan mata pejalan kaki hari ini", kata Tobias Hermes, seorang pegawai pentadbiran bandar tersebut. "Jadi kami memutuskan untuk menambah lampu tambahan - lagi banyak yang ditambah, lagi tinggi kemungkinan orang ramai peka dengan sekeliling", katanya lagi.


Tindakan memasang lampu isyarat tambahan itu mendapat reaksi dari pelbagai pihak. Ada yang menyifatkan ianya tidakan yang bagus dan ada juga yang mempersoalkan keberkesanan sistem itu.

Perkataan 'smombie' adalah campuran dari perkataan 'smartphone' dan 'zombie' yang lahir di Jerman. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "