Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Anak Perempuan Paul Walker Terima Pampasan RM 39 Juta

10 Apr 2016


Anak perempuan tunggal kepada Paul Walker, Meadow Walker, menerima pampasan AS$10.1 juta (RM39 juta) berikutan kemalangan maut yang menimpa bapanya pada 2013.

Bayaran pampasan itu dibayar dari harta milik mendiang Roger Rodas, rakan kepada Paul Walker yang merupakan pemandu kereta berkenaan ketika kemalangan itu berlaku.

Pada Disember 2013, Rodas turut terbunuh dalam kemalangan apabila kereta Prosche Carrera GT yang dipandunya terbabs melanggar pokok dan terbakar di Santa Clarita.

Peguam Meadow, Jeff Milam berkata, pampasan itu dituntut kerana Rodas turut dianggap bertanggungjawab menyebabkan kemalangan itu berlaku.

Bagaimanapun, Milam berkata jumlah yang diterima itu adalah kecil jika dibandingkan dengan jangkaan pendapatan yang mampu diterima oleh Walker sebagai bintang filem terkemuka.

Ketika kematiannya, Walker sedang menjalani penggambaran Furious 7, filem ketujuh francais Fast & Furious yang berjaya meraih $1.5 bilion (RM5.9 bilion), lapor Astro Awani. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "