Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Anak Kepada Pasangan Giant Panda Liang Liang dan Xiang Xiang Telah Diberi Nama

7 Apr 2016
No Comment

Kuala Lumpur: Anak kepada pasangan Giant Panda Liang Liang dan Xiang Xiang yang dilahirkan pada 18 Ogos tahun lalu telah diberikan nama hari ini.

Nama 'Nuan Nuan' yang membawa maksud ramah mesra telah dipilih untuk anak panda comel tersebut.

Pengumuman anam anak panda berkenaan dibuat Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Pusat Konservasi Giant Panda Zoo Negara, hari ini.

Nama Nuan Nuan berkenaan adalah nama yang telah dicadangkan oleh Oh Teik Keng dari Teluk Intan, Perak membolehkan beliau diumumkan sebagai pemenang utama Pertandingan Menamakan Anak Giant Panda dengan membawa pulang Perodua Myvi.

Menurut beliau, sebanyak 22,830 penyertaan telah diterima sejak ianya mula dibuka 17 November hingga 17 Disember tahun lalu.

Beliau berkata, proses pemilihan nama melalui beberapa sesi yang mengambil masa hampir tiga bulan oleh juri khas dan profesional yang dilantik.

Katanya, nama itu sudah disahkan Chinese Wildlife Conservation Association (CWCA) dan dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 25 Mac lalu. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "