Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sayang Bayi Anda? Ketahui 5 Tips Ini Untuk Elak Dia Digigit Nyamuk Aedes

27 Apr 2016


Nyamuk Aedes kini menjadi igauan ngeri bagi setiap ibu bapa lebih-lebih lagi di musim panas ini yang menyaksikan banyak kes-kes denggi terpampang di dada akhbar dan kaca TV.

Sebagai ibu bapa, sudah pasti anda mahu menghindari serangga pembawa virus denggi ini dari menghinggapi anak-anak anda.

Jika di rumah, agak senang untuk mengawal gigitan nyamuk Aedes dengan cara menyembur racun serangga, menutup tingkap dan memasang kelambu, tapi bagimana pula apabila berada di luar?

Disini kami kongsikan lima tips yang boleh digunakan oleh ibu bapa untuk mengelakkan anak-anak dari digigit oleh serangga berbahaya ini.

1 - Jangan keluar ketika waktu terbit fajar dan maghrib
Nyamuk suka keluar di waktu terbit fajar & maghrib. Sebolehnya, jangan keluar di waktu ini. Nyamuk Aedes memang suka 'memburu' di waktu ini.


2 - Pakaikan baju yang bewarna putih & meliputi seluruh tubuh
Percaya atau tidak, warna turut menjadi satu faktor yang menarik perhatian nyamuk kepada manusia. Nyamuk lebih tertarik kepada warga biru/gelap menurut entomologists. Ini kerana nyamuk turut menggunakan penglihatan untuk memburu.



3 - Sembur cecair anti-serangga sebelum keluar
Antara lima tips yang diberikan, ini mungkin tips yang terpenting dan paling mudah serta berkesan untuk diguna pakai. Gunakan cecair anti-serangga seperti SUPER SAFE MOZZIE CREAM keluaran Mini Me untuk menjauhkan nyamuk dari bayi anda.


SUPER SAFE MOZZIE CREAM diformulakan dari minyak Andiroba dari hutan Amazon yang terbukti berkesan dan efektif sebagai penghalau serangga. Selain itu krim ini juga selamat dan  dan murah.

Tiada bahan kimia yang menyakitkan atau memedihkan kulit di dalam formula krim ini.



4 - Pakaikan stokin yang baharu apabila keluar
Berdasarkan kajian saintifik, nyamuk sangat sukakan kaki yang berbau. Entomologist Daniel L. Kline membuat eksperimen menggunakan stokin yang sudah digunakan dan mendapati nyamuk lebih tertarik kepada stokin yang sudah dipakai selama 3 hari.

Jadi, jangan ambil mudah perihal stokin bayi anda. Pastikan bayi anda memakai stokin yang baharu setiap kali keluar.



5 - Mandi dahulu sebelum keluar
Pada masa dahulu, dipercayai nyamuk tertarik kepada peluh manusia, namun hasil kajian sains mendapati sebenarnya nyamuk tertarik kepada perubahan kimia yang dihasilkan oleh bakteria di badan. Jadi, sebelum keluar digalakkan mandi terlebih dahulu supaya dapat mengurangkan bakteria di badan seterusnya mengurangkan 'perhatian' nyamuk terhadap bayi anda.

Sebenarnya, peluh itu sendiri tidak berbau, namun ia akan mula berbau jika ada tindak balas dari kuman. Jadi, kerapkan mandi dan gunakan sabun yang bagus seperti sabun SUGARBABY TOP TO TOE WASH keluaran Mini Me. Sabun ini bukan sahaja bagus untuk kesihatan kulit bayi, malah ia juga kaya dengan aroma geranium dan chamomile yang boleh bertindak sebagai penghalau serangga.




Anda sekeluarga jenis yang suka travel?
Jika anda sekeluarga jenis yang suka travel, anda boleh mendapatkan set Mini Me Mini, satu set khas yang mengandungi 'bahan wajib' untuk menjaga kulit bayi anda. Mini Me Mini Set mengandungi  Sugarbaby Top to Toe Wash (60ml), Awesome Lotion (60ml) dan Bestie Balm (10g) yang kecil supaya anda boleh membawanya ketika berada di luar rumah.

Produk-produk Mini Me boleh didapati menerusi :

Laman web Mini Me : gominime.com
Laman Facebook : facebook.com/gominime
Laman Instagram : instagram.com/minime_malaysia


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "