Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wanita Ditemui Mati Setelah 30 Hari Terperangkap Di dalam Lif

6 Mac 2016

Shaanxi, China - Seorang wanita ditemui mati di dalam sebuah lif di sebuah pangsapuri tempat tinggalnya selepas terperangkap selama sebulan.

Laporan dari NetEase menyatakan, polis menemui mayat wanita tersebut di dalam lif semasa 1 Mac lalu.

Salah seorang penduduk memberitahu pemberita bahawa bangunan itu mempunyai dua lif yang boleh digunakan dan salah satunya rosak sejak akhir bulan Januari lalu.

Katanya, dia terkejut apabila mendapati ambulans dan pihak polis tiba-tiba mengerumungi bangunan tersebut.

"Pada mulanya saya fikir salah seorang penghuni tua yang berada dalam kesusahan, namun pihak polis memberitahu mayat seorang wanita ditemui mati di dalam lif," katanya.

Sementara itu, pihak berkuasa mendedahkan bahawa punca kemtian wanita terbabit adalah disebabkan kecuaian krew penyelenggaraan yang tidak menyedari masih ada wanita di dalam lif tersebut ketika memutuskan sistem kuasa sejak sebulan yang lalu.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, dua pekerja penyelenggaraan mematikan sistem kuasa lif berkenaan pada 30 Januari lalu di pangsapuri tersebut selepas menerima aduan kerosakan.

Setelah pekerja tersebut kembali semula sebulan kemudian untuk kerja pembaikan mereka menemui mayat seorang wanita di dalam lif tersebut.

Wanita berusia 43 tahun itu dikenalpasti sebagai salah seorang penduduk di situ dan tinggal bersendirian.

Polis bagaimanapun berkata tiada unsur jenayah di dalam kejadian itu dan menyimpulkan bahawa kematian disebabkan oleh kecuaian krew terbabit. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "