Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wanita Bergelar "Ratu Dadah Malaysia" Berjaya Ditahan

6 Mac 2016


Kuala Lumpur: Seorang penjenayah wanita yang mendapat jolokan Ratu Dadah Malaysia telah diberkos oleh pihak polis setelah dikesan menjadi dalang aktiviti penyeludupan dadah heroin dan pil Eramim 5 ke negara ini.

Suspek yang berusia 50-an itu ditahan oleh Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman di Pulau peranginan Langkawi semalam.

Tangkapan itu merupakan hasil intipan yang dijalankan oleh pihak polis sejak beberapa minggu lalu.

Sumber Harian Metro melaporkan, wanita terbabit diberkas bersama empat kilogram heroin dan Eramin 5 yang bernilai RM 100,000.

Menurut sumber itu juga, suspek dikenal pasti sebagai pembekal utama dadah ke seluruh Pulau Langkawi.

Wanita itu dipercayai mendapatkan bekalan dadah berkenaan dari tanah besar dan mengedarkannya kepada penjual kecil-kecilan di sekitar pulau itu sejak setahun lalu,” katanya. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "